Gua Damai menjadi pilihan bagi kami untuk dimuatkan dalam majalah(Final Project subjek Typography Design).
Alhamdulillah cuaca okay apa semua dapat jugak si Amirah Hanis ambilkan gambar kat sana.
Terima kasih Mira!
Taman Ekstrem Gua Damai yang terletak di Batu Caves, Selangor menjadi tarikan para peminat rock climbing di Malaysia dan Gua Damai juga adalah tempat pertama dan satu satunya tempat di Malaysia di mana base jumpers boleh melompat dari ketinggian 316 kaki daripada puncak Gua Damai. Special platform telah disediakan untuk professional base jumpers. Jika anda lihat secara dekat terdapat sebuah gua di ini sebahagian besar batu.
Taman Ekstrem Gua Damai juga dikenali sebagai syurga bagi para peminat rock climbing. Taman Ekstrem Gua Damai ini mempunyai lebih daripada 70 laluan mendaki yang merupakan tempat yang masih kurang dikenali ramai dalam kalangan penduduk tempatan walaupun di peringkat antarabangsa ia amat dikenali dalam kalangan peminat sukan lasak.
Kawasan Gua Damai mempunyai laluan mendaki yang luas dan mempunyai lampu spotlight untuk kemudahan para pendaki jika aktivit mendaki dilakukan pada waktu malam. Taman Ekstrem Gua Damai ini juga mempunyai kawasan untuk letak kereta yang mencukupi, tandas yang elok dan taman permainan kanak-kanak. Ia pada dasarnya ialah tempat rehat dan santai untuk seisi keluarga.
Bagi peminat aktiviti lasak, Gua Damai menjadi antara tempat pilihan mereka untuk mencabar diri dalam pelbagai aktiviti lasak. Dengan keyakinan diri dan motivasi diri yang tinggi dapat membantu mereka untuk lebih berani menghadapi segala cabaran.
Buat peminat rock climbing di Malaysia tempat ini adalah sangat disyorkan kepada anda. Kanak-kanak juga boleh turut sekali mendaki disini. Anda semua akan di bantu oleh profesional rock climber disana.
No comments:
Post a Comment