Secara amnya, homestay di kampung Sungai Haji Dorani diwujudkan oleh penduduk kampung ini bagi menawarkan sesuatu yang istimewa kepada para pelancong yang ingin merasai pengalaman tinggal di kampung, bukan hanya semata-mata homestay untuk bermalam sahaja. Walaupun homestay di kampung ini ada diantaranya yang kecil, tetapi ia dilengkapi dengan semua kemudahan asas untuk pengunjungnya.
Homestay di kampung Sungai Haji Dorani menjadi pilihan pelawat berkunjung ke Daerah Sabak Bernam kerana bukan sahaja menawarkan pakej untuk bermalam tapi menawarkan juga pakej lawatan IKS / kawasan pertanian, rekreasi dan memancing, rumah penginapan , kajian akademik dan lokasi penggambaran drama TV/ filem. "
Sebenarnya perjalanan kami tidak berhenti di Sekinchan sahaja(entri blog sebelum ni), alang-alang dah berada di Sekinchan, kami berlima rancang untuk ke Homestay Sungai Haji Dorani yang terletak di Sungai Besar, Selangor. Jarak dari Sekinchan ke Sungai Besar lebih kurang 20 minit masa perjalanan.
Kami ke Homestay tersebut sebenarnya kerana ingin menyiapkan tugasan akhir subjek Typography Design. Kami dikehendaki untuk menghasilkan satu majalah berkaitan tempat menarik, makanan dan kejayaan seseorang. So, kami memilih Homestay Sungai Haji Dorani sebagai salah satu tempat menarik untuk dimuatkan dalam majalah kami. Hiks
Ini adalah antara gambar yang menarik sempat kami ambil.
Best! Lain kali inshaAllah akan repeat lagi datang ke sini! :)
No comments:
Post a Comment