Pada 22 Oktober 2016 yang lalu, saya dan rakan-rakan telah pergi ke Art Expo Malaysia Plus di Matrade Exhibition and Convention Centre (MECC), Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lumpur.
Expo ini sebenarnya berlangsung selama 4 hari iaitu dari 20 Oktober 2016 hingga 23 Oktober 2016.
Art Expo Malaysia Plus menampilkan 60 galeri yang telah ditubuhkan dan seni terkemuka dari 30 negara. Art Expo Malaysia Plus mempamerkan 2000 keping karya seni termasuk lukisan, ukiran, pemasangan dan fotografi.
![]() |
Art Expo Malaysia Plus 2016! |
![]() |
Sebelum masuk dalam hall ni, semua perlu register isi borang kat luar....ramai amoi2 jaga kat depan tu..wakaka |
Sebenarnya kami ke sini ada kaitan dengan subjek Illustration. Pergi dapat 3 markah free, tak pergi tak dapat ler. Wakakaka. Tapi sememangnya Art Expo Malaysia (AEM) ni membuka mata jiwa kami. Sedikit sebanyak dapat menambah ilmu kesenian. Sungguh indah kelebihan yang Allah kurniakan kepada manusia ni, kretif dan sungguh hebat anak2 seni di AEM.
Pelbagai bangsa dari serata dunia datang ke AEM ni. Masuk sahaja ke dalam MECC ni, anda akan dihidangkan dengan satu keunikan bola gergasi. Sungguh terpegun mataku apabila melihatnya...
![]() |
Lama aku duk tenung kereta ni, amazing gilos macam mana dia boleh gumpal cantik2 jadi bulat macam ni. |
Kami adalah geng Power Rangers.
Rakan sekelas yang ambil subjek Illustration.
Rakan sekelas yang ambil subjek Illustration.
Dari kiri- Along, Ain, Alang, Paan, Mirul, Mekrrra